Friday, August 11, 2017

Resepi Sambal Udang



Assalamualaikum..

Tetiba tekak ni teringin pulak nak makan sambal udang petai. Jadi apa lagi balik kerja terus singgah market cari udang dan petai. Tapi sayang petai tak ada jual pulak. So masak apa yang ada je lah. Huhu..

Memandangkan suami aku ni jenis tak makan seafood, jadi aku agak jarang masak makanan berasaskan makanan laut di rumah. 

So ini merupakan percubaan kali pertama aku masak sambal udang selepas berkahwin. Resepinya agak mudah dan senang dimasak untuk wanita-wanita yang sibuk berkerja macam aku. 

Bahan-bahan :-
1. 10 ekor udang size sederhana
2. 1 senduk cili kisar
3. 2 biji bawang putih (dikisar)
4. 3 biji bawang merah (dikisar)
5. 1 inci halia (dikisar)
6. 1 biji bawang besar (hiris lebar)
6. 1/2 cawan air asam jawa
7. Gula & garam secukup rasa

Cara penyediaan :-
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
3. Setelah itu masukkan air asam jawa sedikit demi sedikit.
4. Masukkan gula dan garam mengikut kesesuaian rasa.
5. Masukkan udang serta bawang besar. Masak hingga pekat dengan api yang kecil. Kemudian angkat dan hidang.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment