Saturday, August 12, 2017

Resepi Buttermilk Chicken



Orang tua-tua cakap cara paling ampuh untuk memikat hati suami, bermula dari dapur yakni melalui perutnya. Siapa pun kita, apa pun kedudukan, pekerjaan serta kesibukan kita, jangan pernah memandang remeh hasil tangan kasih sayang masakan seorang isteri.

InsyaAllah kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat kita ikat dengan cara begini. Pahala pun kita dapat. Mudah kan? Hehe.. 

Resepi kali ini aku pinjam dari Saji Online. Alhamdulillah suami suka sangat. Sampai bertambah nasi. Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga tak serumit macam yang kita fikirkan. 

Jumlah hidangan : Untuk 2 orang

Bahan-bahan :-
1. 300gm chicken fillet (salut dengan tepung Bestari)
2. 4 biji cili padi (potong bulat kecil)
3. 1 biji bawang besar (potong dadu)
4. 2 biji bawang putih (potong dadu)
5. 2 tangkai daun kari
6. 1/2 cawan susu cair
7. 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
8. 3 sudu besar Butter
9. Gula dan garam

Cara penyediaan :-
1. Goreng ayam yang telah disalut dengan tepung bestari sehingga garing (tak perlu salut dengan telur). Dah siap masak alih ke tepi.
2. Kemudian cairkan butter didalam kuali yang berlainan.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
4. Masukkan susu cair serta daun kari. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Boleh tambah air sekiranya sos terlalu pekat.
6. Masukkan sedikit garam serta gula mengikut kesesuaian rasa.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng bersama cili padi. Gaul rata kemudian angkat dan hidang.

Bon Appetit!

No comments:

Post a Comment