Monday, August 14, 2017

Resepi Sardin



Hari ini macam biasa sebelum balik kerja aku mesti pening kepala fikir nak masak apa balik nanti. Tapi memandangkan encik suami tak ada, so aku decide masak yang simple saja sudah lah. Lauk sardin ni memang sedap bila dikenakan dengan telur dadar. Memang terangkat habis!

Resepi ni aku belajar dari mak aku. Kalau tak silap abah yang ajar mak macam mana nak masak sardin supaya tak rasa hanyir. Sebab abah memang cerewet sikit bab makan ni. Huhu.

Dan yang kelakarnya ini lah juga first lauk yang aku masak untuk suami (semasa itu hanya kawan) semasa kami camping di Lata Jerbus, Pertak bersama rakan-rakan yang lain 2 tahun lepas. Boleh jadi sebab tu lah lah dia terpikat dengan aku kot. Hehehe..


Jumlah Hidangan : Untuk 2-3 orang

Bahan-bahan :-
1. 1 tin kecil sardin brand Ayam
2. 2 sudu besar cili kisar
3. 1 biji bawang besar (potong bulat)
4. 2 biji bawang putih (hiris nipis)
5. 1 keping asam gelugur
6. 5 tangkai cili padi
7. 1 sudu kecil garam dan serbuk perasa

Cara penyediaan : -
1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga garing
2. Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak
3. Kemudian masukkan 1 tin kecil sardin. Jika kuah terlalu pekat masukkan sedikit air.
4. Masukkan asam gelugur, cili padi, garam dan serbuk perasa.
5. Kacau seketika kemudian angkat dan hidang

Live Life With A Little Spice!


Saturday, August 12, 2017

Resepi Buttermilk Chicken



Orang tua-tua cakap cara paling ampuh untuk memikat hati suami, bermula dari dapur yakni melalui perutnya. Siapa pun kita, apa pun kedudukan, pekerjaan serta kesibukan kita, jangan pernah memandang remeh hasil tangan kasih sayang masakan seorang isteri.

InsyaAllah kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat kita ikat dengan cara begini. Pahala pun kita dapat. Mudah kan? Hehe.. 

Resepi kali ini aku pinjam dari Saji Online. Alhamdulillah suami suka sangat. Sampai bertambah nasi. Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga tak serumit macam yang kita fikirkan. 

Jumlah hidangan : Untuk 2 orang

Bahan-bahan :-
1. 300gm chicken fillet (salut dengan tepung Bestari)
2. 4 biji cili padi (potong bulat kecil)
3. 1 biji bawang besar (potong dadu)
4. 2 biji bawang putih (potong dadu)
5. 2 tangkai daun kari
6. 1/2 cawan susu cair
7. 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
8. 3 sudu besar Butter
9. Gula dan garam

Cara penyediaan :-
1. Goreng ayam yang telah disalut dengan tepung bestari sehingga garing (tak perlu salut dengan telur). Dah siap masak alih ke tepi.
2. Kemudian cairkan butter didalam kuali yang berlainan.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
4. Masukkan susu cair serta daun kari. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Boleh tambah air sekiranya sos terlalu pekat.
6. Masukkan sedikit garam serta gula mengikut kesesuaian rasa.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng bersama cili padi. Gaul rata kemudian angkat dan hidang.

Bon Appetit!

Friday, August 11, 2017

Resepi Mee Goreng



Assalamualaikum..

Memandangkan esok pagi aku bercadang nak hiking Gunung Datuk (kononnya la), jadi aku ingat tak nak makan berat-berat malam ni. So mee goreng adalah pilihan terbaik kot. Hehe..

Kali ini mee goreng yang aku buat agak basah dan pedas sebab aku letak lebih sikit cili kisar. Baru umpphh!! 

Okey ini bahan-bahan yang aku gunakan. Paling simple tapi sedap hingga menjilat jari jemari. Huhu..

Jumlah hidangan : untuk 2-3 orang

Bahan-bahan :-
1. 1 paket mee kuning (basuh & tos)
2. Bawang merah (tumbuk)
3. Bawang putih (tumbuk)
4. 3 sudu cili kisar
5. Kicap manis
6. 1 sudu sos tiram
7. 1/2 ikat sayur kucai
8. 1/2 genggam sayur tauge
9. 1/2 cawan air
10. Garam & serbuk perasa

Cara penyediaan :-
1. Tumis bawang merah & putih yang telah ditumbuk sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar & kacau sehingga pecah minyak
3. Masukkan udang serta air. 
4. Setelah itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam & serbuk perasa mengikut kesesuaian rasa.
5. Kemudian masukkan mee kuning. Gaul hingga rata.
6. Akhir sekali masukkan sayur kucai & tauge. Gaul seketika kemudian angkat dan hidang.

Semoga dengan resepi yang simple ni dapat memikat hati suami kita. Ihiks

Resepi Sambal Udang



Assalamualaikum..

Tetiba tekak ni teringin pulak nak makan sambal udang petai. Jadi apa lagi balik kerja terus singgah market cari udang dan petai. Tapi sayang petai tak ada jual pulak. So masak apa yang ada je lah. Huhu..

Memandangkan suami aku ni jenis tak makan seafood, jadi aku agak jarang masak makanan berasaskan makanan laut di rumah. 

So ini merupakan percubaan kali pertama aku masak sambal udang selepas berkahwin. Resepinya agak mudah dan senang dimasak untuk wanita-wanita yang sibuk berkerja macam aku. 

Bahan-bahan :-
1. 10 ekor udang size sederhana
2. 1 senduk cili kisar
3. 2 biji bawang putih (dikisar)
4. 3 biji bawang merah (dikisar)
5. 1 inci halia (dikisar)
6. 1 biji bawang besar (hiris lebar)
6. 1/2 cawan air asam jawa
7. Gula & garam secukup rasa

Cara penyediaan :-
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
3. Setelah itu masukkan air asam jawa sedikit demi sedikit.
4. Masukkan gula dan garam mengikut kesesuaian rasa.
5. Masukkan udang serta bawang besar. Masak hingga pekat dengan api yang kecil. Kemudian angkat dan hidang.

Selamat mencuba!