Monday, August 14, 2017

Resepi Sardin



Hari ini macam biasa sebelum balik kerja aku mesti pening kepala fikir nak masak apa balik nanti. Tapi memandangkan encik suami tak ada, so aku decide masak yang simple saja sudah lah. Lauk sardin ni memang sedap bila dikenakan dengan telur dadar. Memang terangkat habis!

Resepi ni aku belajar dari mak aku. Kalau tak silap abah yang ajar mak macam mana nak masak sardin supaya tak rasa hanyir. Sebab abah memang cerewet sikit bab makan ni. Huhu.

Dan yang kelakarnya ini lah juga first lauk yang aku masak untuk suami (semasa itu hanya kawan) semasa kami camping di Lata Jerbus, Pertak bersama rakan-rakan yang lain 2 tahun lepas. Boleh jadi sebab tu lah lah dia terpikat dengan aku kot. Hehehe..


Jumlah Hidangan : Untuk 2-3 orang

Bahan-bahan :-
1. 1 tin kecil sardin brand Ayam
2. 2 sudu besar cili kisar
3. 1 biji bawang besar (potong bulat)
4. 2 biji bawang putih (hiris nipis)
5. 1 keping asam gelugur
6. 5 tangkai cili padi
7. 1 sudu kecil garam dan serbuk perasa

Cara penyediaan : -
1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga garing
2. Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak
3. Kemudian masukkan 1 tin kecil sardin. Jika kuah terlalu pekat masukkan sedikit air.
4. Masukkan asam gelugur, cili padi, garam dan serbuk perasa.
5. Kacau seketika kemudian angkat dan hidang

Live Life With A Little Spice!


No comments:

Post a Comment